Binawang Trading mempunyai dua mesin. Maklumat berkaitan dengan mesin-mesin ini adalah seperti berikut:
Jenis Mesin | Tarikh Belian | Harga Belian (RM) | A | 1 Januari 2021 | 24,000 | B | 1 Julai 2022 | 30,000 |
Tahun kewangan perniagaan ini berakhir pada 31 Disember setiap tahun. Susut nilai bagi mesin diperuntukkan sebanyak 20% setahun atas kos. Mesin B telah dijual pada 31 Disember 2023 pada harga RM21,800. Hitung untung atau rugi dari pelupusan mesin ini.
|