Set 12
Start Quiz
Syarikat Lanskap Muthu menyediakan perkhidmatan lanskap dan juga menjual mesin pemotongan rumput. Aset semasanya terdiri daripada:
A.
Akaun belum terima, kenderaan dan peralatan lanskap
B.
Tunai, bank dan inventori mesin pemotongan rumput
C.
Inventori mesin pemotongan rumput, perabot dan akaun belum terima
D.
Peralatan pejabat, tunai dan bank
Powered by Froala Editor
Kenderaan yang dibeli oleh sesebuah perniagaan tidak dikelaskan sebagai aset bukan semasa. Antara berikut, keadaan manakah berkaitan dengan situasi perniagaan di atas?
Perniagaan ini telah membeli kenderaan mewah.
Perniagaan ini telah membeli kenderaan untuk mengangkut barang niaganya.
Perniagaan ini jual-beli kenderaan lama.
Perniagaan ini telah membeli kenderaan secara kredit.
Liabiliti yang ditentukan melalui anggaran dikenal sebagai:
Liabiliti kontingen
Liabiliti tidak pasti
Tanggungan
Peruntukan
Sewa belum bayar dan komisen diterima terdahulu adalah contoh akaun-akaun yang dikelaskan sebagai:
Liabiliti bukan semasa
Liabiliti semasa
Tanggungan perniagaan kepada pemilik
Tanggungan jangka masa panjang
Sumber ekuiti pemilik sebuah syarikat berhad diperoleh daripada:
Beberapa orang individu yang menyumbangkan tunai ke dalam perniagaan.
Belian syer syarikat oleh individu-individu
Individu-individu menyumbangkan aset bukan semasa ke dalam perniagaan.
Geran yang disediakan oleh kerajaan.
Hasil operasi sesebuah perniagaan ditentukan berdasarkan kepada:
I.
Jenis perniagaan
II.
Jenis pemilikan perniagaan
III.
Aktiviti utama perniagaan
IV.
Sistem perakaunan perniagaan
I dan II
II dan IV
I dan III
III dan IV
Antara berikut, pernyataan manakah menerangkan belanja perniagaan secara paling tepat?
Jumlah wang yang dibayar dalam tahun kewangan perkhidmatan digunakan.
Jumlah belian barang niaga dalam tahun kewangan.
Kos barang dijual atau kos perkhidmatan digunakan dalam proses menjana hasil dalam satu tahun kewangan.
Kos aset yang dibeli dalam satu tahun kewangan.
Antara berikut, belanja manakah tidak berlaku dalam sebuah perniagaan perkhidmatan?
Kos barang dijual
Belanja insurans
Belanja gaji
Belanja faedah
Antara berikut, yang manakah bukan satu akaun kontra?
Ambilan
Untung rugi
Pulang keluar
Peruntukan hutang ragu
Antara berikut, pernyataan manakah benar mengenai urus niaga dan kesannya terhadap persamaan perakaunan?
Bukan semua urus niaga kewangan mempunyai kesan terhadap elemen persamaan perakaunan.
Ada beberapa urus niaga kewangan yang boleh menjejaskan keseimbangan persamaan perakaunan.
Semua urus niaga kewangan mempunyai kesan atas satu atau lebih daripada elemen-elemen persamaan perakaunan.
Semua urus niaga kewangan mempunyai kesan ke atas semua elemen persamaan perakaunan.
Apakah kesan ke atas persamaan perakaunan apabila pelarasan hari imbangan dilakukan untuk belanja belum bayar?
Tunai kesan atas elemen persamaan perakaunan.
Ekuiti akan bertambah dan liabiliti akan berkurang
Ekuiti akan berkurang dan liabiliti akan bertambah
Ekuiti akan berkurang dan aset akan berkurang
Perniagaan A dan B mempunyai modal yang sama banyak. Tetapi, aset perniagaan A adalah RM60,000 lebih banyak daripada aset perniagaan B.
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai senario yang diberikan di atas?
Kedudukan kewangan perniagaan A adalah lebih baik daripada perniagaan B.
Kedudukan kewangan perniagaan A dan B adalah sama.
Liabiliti perniagaan A dan B adalah sama.
Liabiliti perniagaan A adalah lebih daripada liabiliti perniagaan B
Sebuah perniagaan telah merekodkan penerimaan hasil terdahulu di dalam akaun hasil belum terperoleh. Pada akhir tahun, perniagaan ini telah membuat pelarasan untuk hasil terperoleh.
Apakah kesan atas persamaan perakaunan berkaitan dengan pelarasan ini?
Aset
Liabiliti
Ekuiti pemilik
Bertambah
-
Berkurang
Sesuatu urus niaga or peristiwa mempunyai kesan persamaan perakaunan berikut:
Tunai perubahan
Antara urus-urus niaga berikut, yang manakah akan memberi kesan persamaan perakaunan di atas?
Pinjaman bank yang jumlahnya sama dengan tiadata belum bayar telah diperoleh untuk menjelaskan akaun belum bayar.
Membeli komputer secara tunai.
Jual barang niaga dan menerima cek. Tunai keuntungan atau kerugian daripada jualan ini.
Pemilik telah membawa masuk tunai untuk menjelaskan satu akaun belum bayar.
Urus niaga berikut telah berlaku dalam sebuah perniagaan:
Urus niaga:
Membeli sebuah mesin dengan sebahagian harga beliannya dibayar dengan cek sendiri pemilik dan sebahagian lagi secara kredit.
Apakah akaun-akaun yang terlibat bagi urus niaga di atas?
Belum bayar lain
Modal
Mesin
I, II dan III
II, III dan IV
I, II dan IV
I, III dan IV
Kesemua urus niaga berikut akan memberi kesan ke atas dua daripada elemen-elemen persamaan perakaunan asas, kecuali:
Belian barang niaga secara kredit
Menjelaskan hutang pembekal dengan satu set perabot lama pada nilai bukunya.
Pemilik mengeluarkan barang niaga untuk kegunaan keluarganya.
Jual barang niaga rosak pada harga kosnya secara kredit.
Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri sistem catatan bergu?
Merekod semua urus niaga secara sistematik.
Menggunakan amaun yang sama untuk merekod di dua akaun yang berbeza bagi setiap urus niaga.
Merekod setiap urus niaga sekurang-kurangnya dalam dua akaun yang berbeza.
Menggunakan peraturan yang tertentu untuk merekod.
I, II, III dan IV
II dan III
Sesuatu akaun mempunyai baki awal di sebelah debit.
Antara akaun-akaun berikut, yang manakah konsisten dengan pernyataan di atas?
Tunai
Akaun belum bayar
Akaun belum terima
Hasil komisen
Catatan di akaun kos barang dijual diperlukan apabila sesebuah perniagaan menjual barang niaganya. Catatan ini hanya diperluka jika perniagaan ini mengamalkan:
Sistem inventori berkala
Sistem inventori berterusan
Andaian aliran tunai
Sistem inventori masuk dahulu keluar dahulu
Antara urus-urus niaga berikut, yang manakah memerlukan satu catatan debit di akaun ekuiti pemilik dan satu catatan kredit di satu akaun liabiliti?
Pemilik membawa masuk kenderaan lama bernilai RM12,000 ke dalam perniagaan.
Pemilik mengeluarkan tunai RM800 untuk kegunaan sendiri.
Pemilik membeli sebuah komputer untuk anaknya berkos RM2,500 dengan mengeluarkan cek perniagaan.
Pemilik memperoleh pinjaman bank bagi perniagaannya sebanyak RM5,000. Tetapi, wang ini telah digunakan untuk membayar baki kad kreditnya.