MYR20.00

Topik: Perakaunan Kos

Nota, soalan objektif dan soakan subjektif


This Package Contains ...

Modul ini mengandungi nota ringkas, nota lengkap, video pembelajaran (akan dimuat naik dalam tempoh masa akan datang) soalan objektif dan soalan subjektif berkaitan dengan Topik Perakaunan Kos. Topik ini diajar pada peringkat Tingkatan 5. Sub-topik yang diterangkan dalam nota serta diuji adalah:

  • Pengenalan kepada Perakaunan Kos
  • Penyediaan Akaun Pengeluaran
  • Pengenalan kepada Analisis Titik Pulang Modal
  • Pengiraan Titik Pulang Modal
  • Graf Titik Pulang Modal
  • Modul ini mempunyai dua bahagian, Bahagian Akaun Pengeluaran dan Bahagian Analisis Titik Pulang Modal. Bahagian pertama bertujuan untuk memberi pemahaman komprehensif dengan banyak latihan objektif dan subjektif mengenai tujuan penyediaan Akaun Pengeluaran. Setiap komponen kos pengeluaran dijelaskan dengan contoh-contoh yang berkaitan. Tatacara penyediaan Akaun Pengeluaran dalam bentuk "T" dan penyata diterangkan dengan tiga contoh soalan yang merujuk kepada Akaun Pengeluaran tanpa kerja dalam proses, Akaun Pengeluaran dengan kerja dalam proses dan Akaun Pengeluaran di mana komponen kos dalam kerja dalam proses itu diberikan secara berasingan. Contoh soalan Akaun Pengeluaran yang memerlukan pengagihan belanja kepada kilang dan pejabat juga diberikan dalam modul ini.. Bahagian kedua modul ini bertujuan untuk memberi pemahaman yang komprehensif berkaitan dengan topik Analisis Titik Pulang Modal. Bahagian ini menerangkan maksud, tujuan, andaian dan kegunaan analisis Titik Pulang Modal. Ia juga menerangkan jenis kos yang merupakan konsep asas bagi pengiraan Titik Pulang Modal. Tatacara pengiraan Ttitik Pulang Modal mengikut kaedah Margin Caruman dan kaedah Graf dijelaskan dengan contoh-contoh soalan yang mengambil kira perubahan dalam harga jualan, kos berubah dan kos tetap. Pengiraan keuntungan berdasarkan kepada kuantiti sasaran dan pengiraan kuantiti bagi keuntungan sasaran juga diterangkan dalam modul ini. . .
Melalui pembelajaran modul ini, pelajar boleh bersedia secara sepenuhnya untuk menghadapi soalan-soalan Akaun Pengeluaran dan Analisis Titik Pulang Modal serta meningkatkan tahap kognitif dan analitikal mereka. Ini dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran di peringkat pra-universiti dan universiti.

LANGGAN KEPADA MODUL INI MELALUI BUNDLE SPM F5 [Dapatkan Semua SPM F5 Modul @ RM20.00 sahaja]

TARIKH TAMAT LANGGANAN: 31 MAC 2024

This module expires on 31st December 2025
Register / Log in to subscribe Topik: Perakaunan Kos

Our Address

Contact Us